- Back to Home »
- Kajian Hadist »
- ALL About Hijab!
Posted by : Unknown
Sabtu, 13 Juni 2015
PURDAH DAN NIQAB MENGIKUTI 4 MADZHAB, BERBANGGALAH WANITA YANG MEMAKAINYA....
Bismillah......
A. MADZHAB HANAFI
Pendapat Madzhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhawatirkan wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.
1. Asy Syaranbalali berkata:
2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
=======================
B. MADZHAB MALIKI
Madzhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhawatirkan menimbulkan fitnah. Bahkan sebagian ulama’ yang bermadzhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.
1. Az Zarqaani berkata:
2. Ibnul Arabi berkata:
3. Al Qurthubi berkata:
4. Al Hathab berkata:
5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:
=======================
C. MADZHAB SYAFI'I
Pendapat madzhab Syafi’i, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad madzhab Syafi’i.
1. Asy Syarwani berkata:
2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
=======================
D. MADZHAB HANBALI
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
2. Ibnu Muflih berkata:
3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:
4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
Bismillah......
A. MADZHAB HANAFI
Pendapat Madzhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhawatirkan wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.
1. Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار
“Seluruh
tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta
telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih shahih dan merupakan
pilihan madzhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع
بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس
بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين
الرجال للفتنة
“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan
telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar.
Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita.
Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di
hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب
“Aurat
wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu
dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu
di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al
Mukhtar, 2/189)4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة
“Terlarang
bagi wanita menampakkan wajahnya karena khawatir akan dilihat oleh
para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Karena jika wajah dinampakkan,
lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar,
3/188-189)5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة
“Para
ulama’ madzhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk
menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, karena
dikhawatirkan akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)=======================
B. MADZHAB MALIKI
Madzhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhawatirkan menimbulkan fitnah. Bahkan sebagian ulama’ yang bermadzhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.
1. Az Zarqaani berkata:
وعورة
الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها
وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين
ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر
لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني
“Aurat wanita di depan lelaki
muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan.
Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar
dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun
wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan
perubatan. Kecuali jika dikhawatirkan akan menimbulkan fitnah atau
tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka/main-main, maka
hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga
diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar
Khalil, 176)2. Ibnul Arabi berkata:
والمرأة
كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ،
كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها
“Wanita
itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak
boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada
keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau
kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah
persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)3. Al Qurthubi berkata:
قال
ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت
جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو
مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها
“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar
Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khawatir wajahnya
dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup
wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/jelek, boleh baginya
menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)4. Al Hathab berkata:
واعلم
أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي
عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر
التوضيح
“Ketahuilah, jika dikhawatirkan terjadi fitnah, maka
wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al
Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam
Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib
Jaliil, 499)5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:
وهو
الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل
الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما
على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في
شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب
“Pendapat
tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul
Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam madzhab Maliki’.
Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa
hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermadzhab Maliki menyebutkan pendapat
bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan
pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq
dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib,
jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani,
176)=======================
C. MADZHAB SYAFI'I
Pendapat madzhab Syafi’i, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad madzhab Syafi’i.
1. Asy Syarwani berkata:
إن
لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى
الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه
والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ
أي ما بين السرة والركبة ـ
“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1)
aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan
kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki
ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut
pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram,
sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy
Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
غير
وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات
مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال
الأجانب فجميع البدن
“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita
adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam
solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki
yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di
hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul
Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
“Seluruh
badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat
di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh
badan.” (Fathul Qaarib, 19)4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
“Wajib
bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan,
walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak
tangan, bukan karena keduanya adalah aurat, namun karena secara umum
keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala
Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره
أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد
وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى
الفساد حرم عليها رفع النقاب
“Makruh hukumnya solat dengan memakai
pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab
(purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga
dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khawatir dipandang oleh lelaki
ajnabi sehingga menimbulkan kerusakan, haram hukumnya melepaskan
(tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)=======================
D. MADZHAB HANBALI
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر
“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
«
وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها
فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى
الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة
“Setiap
bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut
kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali
wajah, karena wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar
solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di
hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat
hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)2. Ibnu Muflih berkata:
«
قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ،
فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ
أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها
“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat
tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka
kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil
penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika
mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam
kaus kaki/sarung kaki), karena khuf itu masih menampakkan lekuk kaki.
Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di
bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:
« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »
“’Keduanya,
iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat karena
adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’,
309)4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب
“Pendapat
yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk
menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad
Darb,http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_4913.shtml)